<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d2408197979157526572\x26blogName\x3dBUTTERFLY+oRaNge\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://butterfly-disismyworld.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://butterfly-disismyworld.blogspot.com/\x26vt\x3d721694764608673652', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
NUR AFIFAH MUSTAPHA

Knowing me is so nothing. But to know each other in the world of blogging is the best we can do!

:

Friends:
http://miellatoinkz.blogspot.com/

chitchat:

tagboard here :)

recent update :
"Sahaja aku tukar mazhab kerana Allah Taala"
written on Wednesday, November 3, 2010 @ 4:36 AM ✈


1)   sahaja aku ambil wuduk kerana Allah Ta'ala.

2)   sahaja aku solat fardhu Isyak kerana Allah Ta'ala.

3)   sahaja aku mandi wajib mengangkat hadas besar menyucikan seluruh tubuh ku kerana Allah Ta'ala.

4)   sahaja aku apa lagi?


Haahh...mai sini kita dengaq hal ehwal Islam sat naa...asik dok ceghita bab makanan, bab hati perasaan, bab artis jaa....kali ni mai kita bincang bab Mazhab dalam Islam pulak naa. Ceq nak habaq kat ampa semua pasai selok-belok mazhab oghang-oghang Islam. 

Dah pasai apa tajuk entry kat atas ni melalut sangat?? Sesat ka? Betui ka tu? Boleh ka main suka-suka tukaq mazhab? Okay....ceq nak tanya ampa, kalau kita rakyat Malaysia yang dok kat Malaysia yang praktis mazhab Shafi'e ni, tiba-tiba ja nak pindah dok menetap kat negara-negara yang dok guna mazhab lain? Hah, macam mana tu? Apa ampa semua harus guna mazhab Shafi'e lagi ka? Atau ampa kena pakai mazhab Hanafi ka, Hambali ka, Maliki ka???

Ceq nak kasi habaq sini, Ustaz Zizi Zarimi (nak kenai ustaz ni ka? Ampa pi la search nama dia kat FB, dia ada FB.. Huhu) ceq kata, TAK PERLU tukaq-tukaq mazhab. Mana kita dok menetap, kita guna ja mazhab yang kita guna dari kita kecik-kecik dulu. Kalau kita oghang Malaysia, mana kita pi pun, kita tetap praktis mazhab Shafi'e naa. Takdak wujud nawaitu "Sahaja aku tukaq-tukaq mazhab kerana Allah"! Takdak maknanya....Hati-hati naa...

Okay, kita semua tau mazhab Shafi'e ni adalah mazhab yang peraturannya paling ketat, paling strict antara mazhab-mazhab lain. Kalau mazhab lain, tersentuh kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, tanpa nafsu syahwat takpa. Ayak wuduk tak batai. Tapi mazhab Shafi'e, walau tanpa nafsu syahwat, selagi tersentuh kulit ke kulit antara lelaki dan wanita, tetap batai ayak wuduk kita.

Dahsyat naa mazhab Shafi'e ni...ceq pun tak tau la kenapa dia strict macam ni. Tapi ceq rasa Imam Shafi'e kita buat peraturan sebegini rupa demi menjaga hak-hak mutlak sebagai seorang Islam. Dan demi menjamin kelangsungan nilai-nilai murni oghang-oghang Islam akhir zaman. Kalau ikut akal waras ceq ni, memang patut pun Imam Shafi'e strict macam ni. Pasai pa? Pasai oghang-oghang Islam la ni, memang dah tak dak rasa malu antara bukan mahram. Maksud ceq, kalau tersentuh kulit lelaki dan perempuan dalam akhir zaman ni, ada ka yang takdak terselit nafsu syahwat sekali?? Haaaaah....ampa cuba pikir-pikir kan naa......

Okay, nak dijadikan cerita, mai kita bukak mata baca soalan ni :

"Kalau tengah tawaf keliling ka'abah, mustahil la ampa tak tersentuh kulit ke kulit antara lelaki perempuan kan. Manusia terlalu padat berhimpit-himpit. Dah tu, kalau dok pakai mazhab Shafi'e, macam mana kalau 15 kali ampa tersentuh kulit bukan mahram, 15 kali jugak ka ampa kena ulang-alik ambik ayak sembahyang(wuduk)???"

Haahh...dalam kes ni, Ustaz Zizi Zarimi ceq kata, Imam Shafi'e ada keluarkan dua hadis berkaitan. Satu hak lama punya, satu lagi hak baru. Hadis lama dia berbunyi," Rasulullah sendiri pernah cium isteri dan kemudian terus solat tanpa perlu ambik wuduk lagi. Maka, pada asalnya semua mazhab setuju bahawa tersentuh kulit antara bukan mahram tanpa nafsu syahwat tak membatalkan wuduk."

Tetapi.....hadis baru Imam Shafi'e menegaskan demi kepentingan pengikut-pengikutnya, beliau lebih senang membuat peraturan ketat. Dalam erti kata lain, walau umat akhir zaman lebih terdedah pada pancaroba dan godaan dunia, sekurang-kurangnya mazhab yang ketat itu mampu mendekatkan jiwa umat Islam kepada Allah s.w.t. 

Wallahua'alam.............................

Labels:


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life